Oil Palm Bulletin No. 33 (November 1996) p15-32

Project appraisal using data analysis and simulation (DASI) programme: A hypothetical case study

MOHD PILUS Zambri , AHMAD TARMIZI Mohammed , MOHD ARIF Simeh

Kertas kerja ini bertujuan untuk menilai keupayaan program berkomputer ‘Data Analysis and Simulation (DASI)’ dalam menjalankan analisis ekonomik dan kajian kemungkinan keatas projek perladangan kelapa sawit. Satu kajian kes berdasarkan data dan maklumat sekunder digunakan untuk menilai keupayaan program ini. Didapati kaedah simulasi ini sangat cekap dan dapat menjimatkan masa pemprosesan data untuk menentukan kepekaan projek apabila berlakunya perubahan keatas hasil pengeluaran dan faktor-faktor yang mempengaruhi kos pengeluaran. Hasil kaJian menunjukkan kos pembajaan dan penuaian adalah merupakan faktor-faktor utama yang menentukan daya maju perladangan kelapa sawit. Kesan perubahan harga kelapa sawit dan tahap kadar diskaun keatas penunjuk-penunjuk ekonomi juga dipaparkan di dalam kertas kerja ini.


Tags: , ,

Author information: