Potential biomass energy from palm oil industry
Ma Ah Ngan and Augustine S.H. OngMinyak sawit dan minyak isirong sawit adalah dua barang dagangan dalam perusahaan minyak sawit. Bahan-bahan sampingan yang dihasilkan semasa memproses minyak sawit adalah dianggap sebagai sisa untuk dibuang. Kepentingan ekonomi bahan-bahan sampingan seperti sabut, tempurung, tandan kosong dan efluen kilang sawit selama ini telah diabaikan dan tidak digunakan. Memandangkan terdapat persaingan yang semakin meningkat dalam pasaran minyak sayuran dunia, adalah baik dikaji keupayaan kewangan dari bahan-bahan sampingan tersebut.Beberapa percubaan untuk menggunakan bahan-bahan sampingan tersebut sebagai sumber tenaga telah dikaji. Satu konsep untuk menggabungkan kegunaan bahan-bahan ini ke had yang maksimum tentunya akan memberi pendapatan tambahan kepada perusahaan ini dan akan mengimbang kos pengeluaran kedua-dua barang dagangan tersebut.
Tags: PALM OIL MILL, EFFLUENT(POME), EMPTY BUNCHES, BIOMASS ENERGY, FIBRE, OIL PALM TRUNKS, OIL PALM NUT SHELLS, USES & BYPRODUCT, UTILIZATION, FRONDS, PORIM PUBLICATIONS, PALM OIL & OIL PALM INDUSTRY-Malaysia
Author information: