Potential applications of supercritical fluid extraction technology in the oils and fats industry
ABDUL GAPOR Mohd TopTeknologi Ekstraksi Bendalir Superkritikal (EBSK) adalah satu teknik ekstraksi menggunakan bendalir superkritikal sebagai pelarut. Teknologi ini adalah dianggap menarik terutamanya dari kacamata penggunaan tenaga dan alam sekitar. Karbon dioksida adalah satu bendalir yang kerap digunakan dalam teknologi ini kerana ianya murah, tak-toksik, takmudah-terbakar, tidak menjejaskan alam sekitar dan sesuai untuk bahan yang taktahan-haba. Satu kelemahan teknologi ini ialah ianya memerlukan modal yang besar dan oleh sebab itu ekstraksi bahan-bahan komoditi mungkin tidak berdaya maju. Walau bagaimanapun, teknologi ini mempunyai potensi yang besar untuk menjadi teknologi ekstraksi bahan-bahan nilai tinggi atau bahan-bahan yang susah diproses dengan cara biasa. EBSK telah dikomesialkan dalam proses pengnyahkafen kopi dan dalam ekstraksi hops. Dalam industri minyak dan lelemak, bidang-bidang yang menggunakan EBSK termasuklah dalam pengeluaran bahan-bahan nilai tambah seperti minyak mutu tinggi(untuk makanan kesihatan dan kosmetik), asid oleik, karoten dan vitamin E.
Tags: SUPERCRITICAL FLUID CHROMATOGRAPHY(SCFC), OILS & FATS INDUSTRY, SUPERCRITICAL FLUIDS, SUPERCRITICAL FLUID EXTRACTION(SCFE), PALM OIL-Processing & Milling, RESEARCH & DEVELOPMENT, PORIM PUBLICATIONS
Author information: