Oil Palm Bulletin No. 69 (November 2014) p13-20

Physico-chemical Changes During Co-composting of Chipped-ground Oil Palm Frond and Palm Oil Mill Effluent

Mohd Najib Ahmad*, Siti Ramlah Ahmad Ali* and Mohd Ali Hassan**

The aim of this study was to investigate the physicochemical changes during co-composting of chippedground oil palm frond (CG-OPF) and palm oil mill effluent (POME). Results showed that co-composting of CG-OPF and POME was completed within 60 days with average C:N ratio of 23. Temperature of the compost observed in thermophilic phase was at 53.5oC after four days of composting (DOC). The highest temperature observed during thermophilic phase was 56oC at 21 DOC. The oxygen level, moisture content and pH of the compost were maintained at 1.7%-12.2%, 60.6%-70.7% and 7.9-8.5, respectively, throughout the 60 DOC. The total bacteria count observed was 55 x 1010 cfu ml-1 at the initial stage and decreased to 14.7 x 1010 cfu ml-1 on 25th DOC and 3.7 x 1010 cfu ml-1 on 60th DOC. The C:N ratio observed was 63.9 at the initial stage and decreased to 24 on 60th DOC.

 

Kajian ini bertujuan adalah untuk mengenalpasti perubahan fisiko-kimia semasa proses kompos dijalankan menggunakan pelepah sawit keping terkisar dan enapcemar kilang sawit (POME). Hasil ujikaji mendapati proses kompos menggunakan pelepah sawit keping terkisar ini telah dijalankan sepenuhnya selama 60 hari dengan purata nisbah karbon:nitrogen pada paras 23. Suhu kompos yang dicatatkan pada fasa termofilik ialah 53.5oC selepas empat hari proses kompos dijalankan. Suhu tertinggi yang dicerap semasa fasa termofilik ialah 56oC selepas 21 hari proses kompos dijalankan. Paras oksigen, kandungan lembapan dan pH kompos pelepah sawit keping terkisar yang dicerap ialah masing-masing, 1.7%-12.2%, 60.6%-70.7% dan 7.9-8.5, sepanjang 60 hari proses kompos. Jumlah kiraan bakteria yang dicerap ialah 55 x 1010 cfu ml-1 pada hari permulaan dan menurun kepada 14.7 x 1010 cfu ml-1 pada hari ke-25 proses kompos dan seterusnya, 3.7 x1010 cfu ml-1 pada hari ke-60 proses kompos. Nisbah karbon:nitrogen yang dicatat ialah 63.9 pada hari permulaan dan menurun kepada 24 pada 60 hari proses kompos.


Tags: , ,

Author information: