Oil Palm Bulletin No. 7 (November 1983) p1 - 8

Pattern of variation of fruit set and fruit components in Elaeis oleifera (HBK) Cortes bunches

RAO, V

Variasi pada tandan-tandan buah Elaeis oleifera dikaji dengan menganalisis secara terperinci dua belas babagian tandan dari dua puluh tandan masak. Pada keseluruhannya, babagian atas tandan mempunyai lebih buah serta mutu yang lebih tinggi. Peratus kandungan isirong adalah lebih tinggi pada bahagian tandan yang paling bawah. Buah-buah pada bahagian luar pada tiap-tiap spikelet adalah juga lebih baik dari segi kualiti, walaupun didapati tidak ada perbezaan di antara buah luar dan dalam dari segi berat buah. Dalam kajian ini, sebahagian besar variasi untuk kebanyakan ciri didapati berpunca dari perbezaan di antara tandan-tandan dan dari perbezaan di antara bahagian atas, tengah dan bawah tandan. Walau bagaimina pun berat purata buah partenokarpik tidak banyak berbeza di antara tandan ataupun antara bahagian dalam tandan. Kandungan lembapan dan minyak dalam mesokap amat berubah-ubah pada tandan-tandan.


Tags: , , , ,

Author information: