Oil Palm Yield Responses to P Fertilizer in Peninsular Malaysia
H.L. Foster, Ahmad Tarmizi Mohammed, Mohd. Tayeb Dolmat and Zin Z. ZakariaHasil BTB sebagai gerakbalas dari baja fosfat batuan yang diberi pada pokok sawit dalam 10 kajian baja yang dibuat pada berbagai jenis tanah di Semenanjung Malaysia dilaporkan bagi dua tempoh waktu yang berlainan. Pada tanah yang berasal dan batu mendak dan lanar pesisir, gerakbalas hasil bagi pokok sawit yang ditanam semula tenhadap CIRP pada amnya menguntungkan sehingga sekurang-kurangnya 3-4 kg dan 2-3 kg baja per pokok per tahun, masing-masingnya dan tidak ada pengurangan gerakbalas terhadap masa yang dicatatkan. Pada kedua-dua jenis tanah, terdapat interaksi yang kuat dengan baja N dan boleh dirumuskan yang pemberian baja N adalah suatu pembaziran kecuali kadar fosfat batuan yang tinggi diberikan juga. Pada tanah ulu, anas P daun kritis sebanyak 0.165% (di pelepah 17) dikenalpasti. Gerakbalas yang banyak terhadap baja P di tanah ulu memang boleh dijangka jika P yang boleh diekstrak dan tanah adalah kurang dari 15 bpj di dalani lingkungan merumput. Pada tanah pesisiran, gerakbalas hasil terhadap baja P tidak menipunyai korelasi dengan kedua-dua aras P daun dan aras P tanah.
Tags: OIL PALM SOILS, FERTILIZERS POTASSIUM, NUTRIENT CONTENT, FERTILIZER TRIALS-Malaysia, PORIM PUBLICATIONS, AGRONOMY, FOLIAR ANALYSIS, YIELDS, FFB
Author information: