Note on a convenient method of access to young oil palm inflorescences
Vengeta RaoSatu kaedah yang memudahkan pengambilan jambak bunga kelapa sawit diperkenalkan. Kaedah ini juga menyenangkan sebahagian daripada kerja-kerja pendebungaan terkawal dalam proses pengeluaran biji benih. Secara prinsip, jak-jak hidrolik bimbit, yang telah diubahsuai digunakan untuk membuka atau membesarkan ruang di celah-celah pelepah. Ini akan memudahkan pengambilan jambak bunga muda, untuk kultura tisu umpamanya. Ruang yang lebih besar juga memudahkan kerja-kerja membungkus jambak bunga untuk pendebungaan terkawal seterusnya. Berbanding dengan kaedah lama, dalam mana pelepah-pelepah dan tandan-tandan atau jambak bunga terpaksa dipotong untuk mencapai yang dikehendaki, cara baru ini tidak mencederakan pokok. Cara ini juga mengambil masa yang lebih singkat.
Tags: HYDRAULIC JACK, COLLECTION, PORIM PUBLICATIONS, INFLORESCENCES, oil palm
Author information: