Microencapsulated palm oil based products
NOOR LIDA Habi Mat Dian , NOR'AINI SudinProses pemikrokapsulan minyak adalah satu proses di mana titisan kecil minyak diperangkap di dalam satu filem yang nipis. Filem nipis ini terdiri daripada bahan-bahan polimer yang larut air. Proses pemikrokapsulan ini melibatkan penyediaan emulsi minyak di dalam air, diikuti oleh proses pengeringan menggunakan teknik “semburan kering”. Proses pengeringan ini akan menghasilkan “serbuk minyak” yang juga dikenali sebagai “minyak termikrokapsul”.
Proses pemikrokapsulan minyak merupakan salah satu proses hiliran untuk produk berasaskan minyak sawit. Proses ini dapat mempertingkatkan kegunaan, rupabentuk, perisa dan juga nilai nutrisi produk berasaskan minyak sawit. Ia juga dapat meningkatkan kestabilan bahan-bahan ini semasa penyimpanan dan pengangkutan. Kajian di PORIM mendapati produk berasaskan minyak sawit dalam bentuk termikrokapsul juga boleh dilindungi daripada proses kemusnahan oksidatif untuk tempoh masa penyimpanan yang panjang.
Tags: SPRAY DRYING, MICROCAPSULES, PORIM PUBLICATIONS, OILS AND FATS, PALM OIL PRODUCTS
Author information: