Harvesting Practices for Maximum Yield in Oil Palm: Results from a Re-Assessment at IJM Plantations, Sabah
Mohanaraj, S N* and Donough, C R**Recoverable yield of fresh fruit bunches (FFB), palm oil (PO, or oil) and palm kernel (PK, or kernel) are determined during harvesting. After harvest, losses occur as harvested FFB lose weight with time and loose fruits (LF) of harvested bunches are not all collected, and oil quality starts to deteriorate as free fatty acid (FFA) content rises. The quantum of loss and the degree of oil quality deterioration depend on the efficiency of harvesting practices which must balance maximum oil yield and acceptable oil quality. Harvesting involves teams of workers visiting blocks of palms at regular intervals to cut and recover ripe bunches. Field managers determine the minimum ripeness standard and manage the harvesting interval, the combination of both factors determines the overall ripeness composition of the harvested crop. In practice, the minimum ripeness standard (MRS) may be difficult to enforce but with adequate resources the harvesting interval (HI) can be controlled. Bunch analysis (BA) shows that oil content of harvested bunches vary greatly, with a poor relation to the number of LF per bunch, thus a low MRS can be implemented without much impact on the potential oil extraction rate (OER) of the harvested crop. High FFB yield is a prerequisite for high oil yield but not necessarily high OER, on the other hand, high OER does not necessarily mean high oil yield. The definition of ‘under-ripe’ bunches used in crop grading should be consistent with field practice, i.e. the adopted MRS, to avoid mismatch between plantations and mills.
Hasil yang diperolehi dari buah tandan segar (BTS), minyak sawit (PO, atau minyak) dan isirong sawit (PK, atau isirong) ditentukan oleh penuaian. Semasa penuaian, kerugian boleh berlaku apabila berat BTS yang dituai akan berkurangan dengan peredaran masa dan tidak semua buah relai (LF) dikumpulkan, dan kualiti minyak mula merosot apabila kandungan asid bebas lemak (FFA) meningkat. Kuantum kerugian dan tahap kemerosotan kualiti minyak bergantung pada kecekapan amalan penuaian yang mesti mengimbangi antara memaksimumkan hasil minyak dan kualiti minyak yang boleh diterima. Penuaian melibatkan sekumpulan pekerja yang memasuki ladang mengikut jadual yang ditetapkan untuk memotong dan menuai tandan masak. Pengurus ladang menentukan piawai minimum kematangan tandan (MRS) dan kekerapan menuai, gabungan kedua-dua faktor tersebut menentukan komposisi kematangan keseluruhan tandan yang dituai. Kebiasaannya, piawai minimum kematangan tandan mungkin sukar untuk dikuatkuasakan tetapi dengan sumber yang mencukupi, selangan tuaian (HI) boleh dikawal. Analisis tandan (BA) menunjukkan bahawa kandungan minyak amat berbeza antara tandan yang dituai, serta perkaitan yang lemah dengan bilangan buah relai setiap tandan. Oleh itu, MRS yang rendah boleh diamalkan tanpa memberi kesan yang ketara terhadap potensi kadar perahan minyak (OER). Hasil BTS tinggi diperlukan untuk mengeluarkan hasil minyak yang tinggi tetapi tidak semestinya dapat memperolehi OER yang tinggi, sebaliknya, kadar OER yang tinggi tidak bermakna hasil minyak yang tinggi. Takrif tandan ‘kurang-masak’ yang digunakan dalam penggredan tandan perlu selaras dengan amalan ladang, iaitu penggunaan MRS, untuk mengelakkan ketidaksetaraan antara ladang dan kilang.
Tags: oil palm FFB yield, oil quality, harvesting practices, bunch analysis, oil extraction rate
Author information: