Oil Palm Bulletin No. 37 (November 1998) p27-29

Expected Malaysian palm oil production in 1999 and factors for the low production in 1998

CHOW Chee Sing

Pengeluaran minyak sawit Malaysia pada tahun 1998 dijangka berada di paras yang rendah iaitu 8.3-8.5 juta tan berbanding dengan 9.057 juta tan pada tahun lepas. Ini bermakna pengeluaran telah merosot sebanyak 6% – 8%. Kemerosotan ini adalah yang paling serius dalam tempoh 15 tahun ini. Kemerosotan yang serius ini mungkin disebabkan oleh tiga faktor. Pertama, pengeluaran minyak sawit telah mencapai tahap maksimum pada tahun 1997 dalam putaran empat tahunan. Oleh itu, pengeluaran dijangka akan merosot pada tahun ini. Musim kemarau akibat kesan El Nino merupakan faktor kedua, manakala jerebu yang berlaku pada tahun lepas mungkin merupakan faktor ketiga yang menyebabkan pengeluaran minyak sawit berkurangan pada tahun ini. Walau bagaimanapun, penambahan sebanyak 13% dalam kawasan sawit yang matang di Malaysia Timur dijangka akan menyebabkan pengeluaran minyak sawit Malaysia mencapai 9.04 juta tan pada tahun 1999.


Tags: , , , ,

Author information: