Oil Palm Bulletin No. 36 (May 1998) p23-36

Efficient rooting of oil palm in vitro plantlets using double-layer technique

ZAMZURI Hj Ishak

Pengeluaran anak pokok kultur tisu kelapa sawit memerlukan penggunaan tenaga pekerja yang tinggi kerana ia melibatkan manipulasi ramet secara satu persatu terutama dalam peringkat perkembangan pucuk, pengakaran dan pengubahannya ke semaian. Teknik dwi-lapisan atau penuangan media cecair terus ke kultur pucuk yang sedang membesar untuk menggalakkan pengakaran telah dapat meningkatkan hasil kerJa dalam peringkat ini sebanyak 17.5 kali ganda jika dibandingkan dengan teknik semasa di PORIM. Dengan itu, secara keseluruhan penggunaan operator kultur dalam satu-satu makmal pengeluaran dapat dikurangkan sebanyak 40.8%. Penggunaan bekas kultur yang dikurangkan dalam teknik ini juga menjimatkan ruang di bilik kultur serta tenaga pekerja yang menggendalikannya seperti penyediaan media, membasuh, melabel dan sebagainya.


Tags: , , , ,

Author information: