Determination of iodine values of palm oil and palm kernel oil products using non-chlorinated solvents
TANG Thin SuePenentuan nilai iodin ke atas beberapa jenis produk minyak sawit dan isirong sawit dengan menggunakan sikloheksana dan sikloheksana-asid asetik sebagai pelarut dalam kaedah Wijs menghasilkan kesan yang setanding dengan kaedah yang memakai pelarut karbon tetraklorida. Analisis regresi linear menunjukkan korelasi baik, dengan R2 yang berjulat 0.999-1.000 dan ralat piawai anggaran Y yang berjulat 0.16-0.17. Pekali X hampir nilai satu (unit) dan ralat piawai anggaran X pula adalah berjulat 0.002-0.0025 hasil kajian ini didapati bersetuju dengan data yang dicapai oleh pihak IUPAC dan AOCS. Ini mengesahkan bahawa kaedah penentuan nilai iodin yang berasaskan penggunaan pelarut yang tidak berklorin adalah sesuai untuk produk minyak sawit dan isirong sawit.
Tags: IODINE VALUES, PALM KERNEL OIL PRODUCTS, SOLVENTS, PORIM PUBLICATIONS, palm oil
Author information: