Design and evaluation of a Crane Fitted to a Mini-Tractor for Mechanical Loading of Palm Fresh Fruit Bunches
Abd Rahim Shuib, Abdul Halim Hassan and Ma Ah NganKerja-kerja yang melibatkan mereka bentuk dan membina sebuah kren yang dipasang pada mini-traktor untuk mengangkat tandan buah sawit diterangkan. Kren ini yang boleh memusing 160 darjah boleh mengangkat tandan di kedua-dua belah traktor. Kren ini diujinilai serentak dengan sebuah lagi mini-traktor yang menggunakan tenaga manusia untuk mengangkat tandan. Keputusan ujian dalam ladang menunjukkan keluaran sehari menggunakan kren adalah sedikit kurang berbanding dengan mengangkat tandan dengan tangan. Walaupun dengan kelemahan ini, pengeluaran sehari bagi seorang pekerja didapati bertambah. Ini ialah kerana dengan menggunakan kren hanya seorang pekerja sahaja diperlukan untuk memandu traktor dan mengangkat tandan. Tambahan pula pekerja mendapaiti lebih mudah mengangkat tandan yang besar terutamanya yang melebihi 25kg. Selain dari kegunaan mengangkat tandan, kemungkinan menggunakan kren untuk membuat kerja-kerja lain di ladang juga dibincangkan.
Tags: MINI TRCTORS, TRANSPORT, FARM MECHANIZATION, HARVESTING, PORIM PUBLICATIONS, oil palm, FFB
Author information: