Oil Palm Bulletin No. 35 (November 1997) p12-26

Applications of microwave technologies and their potential assimilation in the palm oil industry

ONG Thean Huat , ABD GAPOR Md Top

Teknologi mikrogelombang digunakan dalam bidang telekomunikasi, sistem pengesanan-julatan dan penjanaan tenaga haba. Prinsip-prinsip dan contoh-contoh kegunaan dibentangkan. Penggunaan teknologi pemanasan mikrogelombang di beberapa bidang pemerosesan dianggap menarik dari sudut ekonomi dan alam sekitar kerana pemanasan tersebut terpilih, deras dan ianya adalah suatu proses yang kering. Teknologi ekstrasi pelarut mikrogelombang telah digunapakai dengan jayanya dalam teknik analisis tertentu dan ianya berpotensi untuk tujuan industri. Laporan mengenai teknologi mikrogelombang yang berkaitan dengan industri sawit telah diulas. Potensi penggunaan teknologi mikrogelombang dalam penyelidikan dan pembangunan industri sawit termasuklah kemungkinan ekstraksi bahan-bahan nilai-tambah yang tinggi seperti vitamin E, karoten dan fitosterol telah dicadangkan.


Tags: , ,

Author information: