Oil Palm Bulletin No. 22 (May 1991) p1 - 8

Adaptation to Light Environment by Leaves of Oil Palm (Elaeis guineensis)

I E Henson

Pertukaran gas daun dan sifat morfologi bagi pokok sawit muda yang tumbuh di kawasan yang terdedah kepada matahari dan kawasan yang ternaung dibandingkan. Daun-daun pokok yang tumbuh di tempat naung didapati mempunyai luas permukaan yang lebih berbanding daun di tempat terdedah, tetapi mempunyai berat kering per unit yang lebih rendah. Ketumpatan stomata, konduktans maksimum, kecekapan karboksilasi, takat pampasan CO2, kadar fotorespirasi dan kecekapan fotokimia tidak banyak berbeza di antara kedua-dua keadaan tersebut. Namun demikian, daun sawit yang ternaung memounyai kadar fotosintesis tepu-cahaya yang rendah, kadar pampasan cahaya yang rendah, dan kadar respirasi gelap yang lebih rendah berbanding dengan daun di tempat yang terdedah pada cahaya matahari. Nilai-nilai ini dibandingkan bagi daun pokok sawit matang yang di atas (terdedah pada matahari) dan daun yang di bawah (tenang).


Tags: , , , ,

Author information: