Oil Palm Bulletin No. 12 (May 1986) p12 - 31

A physiological analysis for oil palm trials

G.R SQUIRE
Kaedah yang mudah bagi menganalisis hasil pada kajian kelapa sawit dari segi penggunaan dan penukaran tenaga suria, dan dari sekatan pengasimilasian dihuraikan. Analisis ini dibuat pada kira-kira 30 kajian baja bagi beberapa jenis tanah di Malaysia.Perubahan penggembelingan berperingkat tenaga suria hanya sedikit saja mempengaruhi penghasilan jumlah jirim kering. la sebaliknya banyak dipengaruhi oleh kecekapan penukaran tenaga suria. Faktor ini banyak bergantung kepada jenis tanah dan baja yang dibubuh. Sekatan jumlah jirim kering antara tandan buah dan struktur tampang juga dipengaruhi oleh alam sekitar dan baja.
 
Hasil yang paling banyak boleh diperolehi dari penggabungan tempat dan rawatan yang menghasilkan kurang dari maksimum penggembelingan tenaga suria, tetapi pada kecekapan penukaran tenaga suria dan sekatan tandan buah yang maksimum. Dalam sesuatu kajian, baja dapat menambahkan hasil terutamanya dengan menambahkan kecekapan penukaran tenaga suria, juga dengan mengubah imbangan sekatan pengasimilasian kepada tandan buah.

Tags: , , , , , , , ,

Author information: