Description of a Dynamic Closed Chamber Method for Measuring Soil Respiration: A Case Study in Oil Palm Plantations on Peat
Law Mei Ching1*; Nur Maisarah Jantan1; Ahmad Hafiz Zahari2 and Nur Fadzlin Tahar2Understanding the dynamics of soil carbon (C) is a crucial component of sustainable agriculture strategies for enhancing soil fertility and accelerating C sequestration. Soil respiration is among the most crucial processes in the C cycle of terrestrial ecosystems. It is the total root respiration and heterotrophic decomposition of soil organic matter. Various methods have been recommended and applied to the quantification of soil CO2 flux, but the closed chamber method is the most prevalent. The purpose of this paper is to present the measuring principles, the measurement of soil respiration using a dynamic closed chamber method and the calculation of soil CO2 flux. A case study was carried out in oil palm plantations on peat, i.e., one established in 2006 in Pekan, Pahang (Teraja soil series) and the other in 2009 in Bagan Datuk, Perak (Penor soil series) from November 2018 to February 2019. The soil CO2 fluxes were measured using a dynamic closed chamber method with a portable infrared gas analyser (EGM-4 IRGA and SRC-1, PP Systems, Amesbury, MA, USA). The case study indicated the variation in soil CO2 fluxes in oil palm plantations on peat across study sites and management zones. Further research is needed to verify and strengthen the research findings.
Pemahaman mengenai dinamik karbon (C) tanah adalah salah satu komponen yang penting dalam strategi pembangunan pertanian lestari untuk meningkatkan kesuburan tanah dan mempercepatkan penyerapan C. Respirasi tanah adalah di antara proses yang penting dalam kitaran C ekosistem daratan. Respirasi tanah merupakan jumlah CO2 yang dihasilkan oleh respirasi akar tanaman dan hasil penguraian heterotrofik bahan organik tanah. Pelbagai kaedah telah digunakan untuk pengukuran fluks CO2 tanah, tetapi kaedah yang paling umum digunakan adalah closed chamber method. Artikel ini bertujuan untuk menerangkan prinsip pengukuran respirasi tanah, penggunaan kaedah dynamic closed chamber serta pengiraan fluks CO2 tanah. Satu kajian telah dijalankan di ladang sawit tanah gambut yang ditanam pada tahun 2006 di Pekan, Pahang (siri tanah Teraja) dan di ladang sawit tanah gambut yang ditanam pada tahun 2009 di Bagan Datuk, Perak (siri tanah Penor) bermula dari November 2018 hingga Februari 2019. Pengukuran fluks CO2 telah dilakukan dengan menggunakan infrared gas analyser mudah alih (EGM-4 IRGA dan SRC-1, PP Systems, Amesbury, MA, USA). Kajian ini menunjukkan bahawa fluks CO2 tanah adalah berbeza antara kawasan ladang sawit dan zon pengurusan yang berbeza. Penyelidikan lanjut perlu dijalankan untuk mengesahkan dan memperkukuhkan hasil penyelidikan fluks CO2 tanah di ladang sawit.
Author information:
1 Malaysian Palm Oil Board, 6 Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia. 2 Faculty of Agriculture, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia.
* Corresponding author e-mail: meiching@mpob.gov.my