Oil Palm Bulletin No. 12 (May 1986) p1 - 11

The effect of different methods of placement and frequency of application of fertilizer to oil palm on an inland soil in Peninsular Malaysia

H.L. Foster and Mohd tayeb Hj Dolmat

Kajian yang membandingkan penggunaan baja bagi pokok kelapa sawit di tempat-tempat yang berlainan di sekitar pokok dan pada kekerapan yang berbeza telah dilakukan pada tanah darat di Malaysia. Bila pokok berumur 7-9 tahun, dan baja hanya dibubuh sekali saja dalam setahun, hasil yang terbanyak boleh didapati bila baja N dibubuh di bulatan kemasan rumpai dan baja K di tempat longgokan pelepah. Jika baja dibubuh tiga kali setahun atau pokok berumur lebih dari sembilan tahun, hasil yang sama diperolehi walau di mana pun baja N dan K dibubuh. Baja P lazimnya memberikan hasil yang banyak bila dibubuh di sepanjang laluan. Kesemua ini boleh dikaitkan dengan kelarutan nutrien baja yang berlainan, lembapan tanah yang berbeza, banyaknya akar-akar penyerap makanan di tempat bubuhan baja dan umur pokok.


Tags: , , , , , , , ,

Author information: