Laboratory and Field Evaluation on the Attractancy of Elaeidobius kamerunicus Faust to 4-allylanisole
M.Y. Hussein, N.H. Lajis, A. Kinson and C.B. TeoKajian penarikan serangga pendebunga (Elaeidobius karnerunicus Faust) kelapa sawit kepada minyak meruap semulajdi debunga) dan 4-allylanisole telah dilakukan di makmal dan di ladang. Ujian di makmal menggunakan dua jenis olfaktometer menunjukkan bahawa sebatian 4-allylanisole adalah lebih tinggi daya tarikannya dibandingkan dengan minyak meruap semulajadi. Olfaktormeter jenis tiub-V adalah lebik sempnrna dan efisyan. Ujian di ladang menggunakan sejenis perangkap jaringan pelekat dnn 4-allylanisole berupaya menangkap serangga pendebunga dewasa. Dos 200 ml/perangkap telah menghasilkan tangkapan paling tinggi. Purata 300 ekor pendebunga dewasa telah diperangkap setiap hari oleh satu perangkap. Perbezaan jarak dan densiti perangkap setiap hektar tidak berpengaruh ke atas jumlah tangkapan. Faktor-faktor sekitaran dan aktiviti serangga adalah lebih berpengaruh ke atas tangkapan. Perangkap jaringan berpelekat ini rnungkin berguna dalam pengurusan perladangan kelapa sawit dan penyelidikan populasi serangga pendebunga.
Tags: ELAEIDOBIUS KAMERUNICUS FAUST, BIOASSAY, 4-ALLYLANISOLE, POLLINATION, field trials, oil palm
Author information: