Carbon pellets prepared from fibres of oil palm empty fruit bunches: 1. A qualitative X-ray diffraction analysis
MOHAMAD DeramanPengukuran pembelauan Sinar-X telah dijalankan keatas i)sampel serbuk yang diperoleh daripada gentian tandan buah kelapa sawit yang dikosongkan (EFB), (ii) ke atas sampel yang disediakan dengan pengkarbonan pelet yang diperbuat daripada serbuk EFB dengan memanashannya dari suhu bilik ke suhu 200 ° C, 250 ° C, 300 ° C dan sehingga 1000 ° C dengan kenaikan 100 darjah, dan (iii) ke atas sampel karbon yang disediakan dengan pengkarbonan pelet yang diperbuat datipada serbuk EFB dengan memanaskannya pada suhu bilik hingga 1000 ° C dan dibersihkannya dengan air suling serta air suling mendidih. Corak pembelauan Sinar-X yang diperoleh bagi setiap sampel dianalisis secara kualitatif dari segi (i) perubahan struktur yang berlaku dalam sampel, dan (4) kehilangan kandungan bahan bukan-karbon dalam sampel disebabkan oleh proses pemeruapan dan prosedur pembersihan.
Tags: CARBON PELLETS, EMPTY FRUIT BUNCHES, OIL PALM FIBRE, USES & BYPRODUCT UTILIZATION, PORIM PUBLICATIONS
Author information: