Estimation of compression pressure in the preparation of pellets from oil palm bunches
MOHAMAD DeramanPerhubungan antara ketumpatan pukal pelet yang disediakan daripada serbuk (Saiz £50 mikrons) yang diperolehi daripada serabut tandan kelapa sawit (EFB) dan tekanan mampatan yang dipakai ketika menyediakan pelet telah diselidiki. Satu persamaan empiris yang telah diperkenalkan lebih awal telah disuaikan kepada data eksperimen dan ini telah memberikan nilai masing-masing (6.9 ±0.2) x 102 kg / m3dan (12.7±0.2) x 102 kg / m3 bagi ketumpatan pukal serbuk EFB dan ketumpatan tepu pukal (ps) pelet EFB. Penyesuaian ini juga memberikan nilai-nilai minimum bagi tekanan mampatan (po) yang diperlukan untuk menghasilkan ps, dan nilai-nilai tersebut ialah 1.29, 1.35, 1.39, 1.42 dan 1.46 x 102 kN / m2 bagi masing-masing pelet yang mempunyai berat (w) berikut 0.2, 0.3, 0.4, 0.5 dan 0.6 g. Set nilai-nilai ini mencadangkan satu persamaan empiris po = [(0.41 ± 0.03) x 105]w + (1.22 ± 0.03) x 105 yang boleh digunakan untuk menganggar po apabila nilai w diketahui. Penggunaan persamaan ini patut dikembangkan ke dalam perisian sistem kawalan berkomputer yang digunakan dalam pengeluaran secara komersial pelet EFB (atau lain-lain bentuk). Pelet EFB boleh dimanfaatkan sebagai bahan mentah untuk pembuatan produk karbon pepejal yang digunakan dengan meluas dalam bidang elektrik, elektronik dan kejuruteraan kimia, kimia dan sains bahan.
Tags: PELLETS, EMPTY FRUIT BUNCHES (EFB), PALM OIL AND OIL PALM INDUSTRY, oil palm, FFB
Author information: