Oil Palm Bulletin No. 32 (May 1996) p1 - 11

A lysimetric study on the effect of N and P fertilizer application on decomposition and nutrient release of oil palm empty fruit bunches

ROSENANI A B , BASRAN, R D , ZAHARAH A R , ZAUYAH S

Masakini, tandan kosong kelapa sawit (EFB), satu hasil sampingan utama perkilangan minyak sawit, digunakan semula sebagai sungkupan di ladang kelapa sawit. Satu percubaan menggunakan mini-lisimeter (55 cm garispusat dan 22 cm tinggi) telah dijalankan untuk mengkaji kesan penambahan baja N dan P ke atas pereputan EFB dan pembebasan nutrien. Mini-lisimeter diisikan dengan tanah atasan (Typic Hapludox) dari tapak percubaan dan mempunyai rawatan: kawalan (tanpa EFB), EFB sahaja, EFB bersama N (EFB+N), bersama P (EFB+P), dan EFB bersama N dan P (EFB+N+P). Setiap rawatan EFB diletakkan dua tandan kosong di atas permukaan tanah dan dibiarkan reput di bawah pohon kelapa sawit di ladang. Larutan tanah yang keluar dari lisimeter disalurkan ke dalam botol dan dianalisiskan setiap minggu. Pada puratanya, didapati EFB yang digunakan mempunyai 18.5% selulosa, 28.9% lignin, 0.84 – 0.92% N, 0.16% P dan 2.5% K, berasaskan berat kering jisim (BKJ). Purata berat kering jisim setandan ialah 1.55 +- 0.06 kg dan nisbah C:N bernilai 89-93. Tandan kosong EFB+N mereput lebih cepat daripada rawatan- rawatan lain selepas minggu ke-6 dan mencapai 50% kehilangan BKJ dalam 11.5 minggu. Rawatan EFB+N+P mempunyai 50% kehilangan BKJ dalam 14 minggu manakala rawatan EFB sahaja dan EFB+P, masing-masing mempunyai 42% dan 47% kehilangan BKJ pada minggu ke-15. Nisbah C:N tandan kosong EFB+N menurun daripada 91.2 kepada 58.2 dan membebaskan N lebih cepat daripada rawatan lain. Pada keseluruhannya, 15.5% hingga 27.2% kandungan N EFB asal telah dibebaskan dalam 15 minggu pereputan. Pada masa yang sama, fosforus yang dibebaskan ialah 9% – 23% kandungan asal. Kalium pula dibebaskan dengan cepat semasa pereputan dalam semua rawatan, iaitu &gt, 50% daripada kandungan asal EFB dibebaskan dalam hanya 3 minggu. Dalam 6 minggu pereputan, pembebasan K dalam rawatan EFB bersama baja N atau P atau kedua-dua N dan P lebih cepat daripada EFB tanpa baja. Hanya 5.0% – 8.8% kandungan K asal sahaja tinggal dalam tandan selepas 15 minggu pereputan. Jumlah kumulatif N tak organik dalam larutan yang keluar dari lisimeter didapati tertinggi sekali dalam rawatan EFB+N. Pereputan EFB juga menyebabkan K tukarganti dalam tanah meningkat daripada 0.06 kepada 6.5 – 8.4 cmol(+)/kg tanah dan pH tanah meningkat daripada 4.5 hingga 6.4 – 7.2.


Tags: , , , ,

Author information: