Factors inhibiting rate of mechanisation in oil palm estates
MALEK Mansoor , ABD RAHIM Shuib , MOHD NASIR AmiruddinFaktor-faktor yang menghalang proses mekanisasi di ladang-ladang kelapa sawit dikenalpasti dalam enam jenis operasi. lanya adalah pemotongan BTS, pengangkutan BTS dalam ladang, pemunggahan BTS dari platform, merumput, pembajaan dan pengawalan serangga perosak dan penyakit. Adalah didapati bahawa terdapat lima sebab yang paling utama: ketiadaan peralatan yang sesuai, ketidaksesuaian bentuk mukabumi, kekurangan insentif, kekurangan kemahiran manusia, dan kehadiran buruh-buruh yang murah. Bagi pemotongan BTS, faktor utama ialah ketiadaan teknologi. Ketidaksesuaian bentuk mukabumi merupakan sebab terpenting yang menghalang proses mekanisasi untuk kerja-kerja pemungutan BTS dalam ladang, pembajaan dan pemunggahan BTS dari platform. Kekurangan insentif pula dinyatakan sebagai faktor penghalang bagi mekanisasi untuk kerja- kerja pembajaan dan pengawalan serangga perosak dan penyakit
Tags: PLANTATION TECHNOLOGY, OIL PALM ESTATES AND PLANTATIONS, FARM MECHANIZATION, ENGINEERING AND TECHNOLOGY, PORIM PUBLICATIONS
Author information: