Oil Palm Bulletin No. 34 (May 1997) p11-35

Recent progress on research and development on peat for oil palm

MOHD TAYEB Dolmat , HAMDAN A B , AHMAD TARMIZI Mohammed

Makalah ini membincangkan kemajuan terkini kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan tanah gambut yang dijalankan oleh PORIM. Perbincangan adalah berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi daripada tiga projek agronomi yang sedang berjalan mengenai teknik menyediakan tanah, kepadatan tanaman dan keperluan baja oleh sawit di tanah gambut. Keputusan yang diperolehi telah mengesahkan beberapa penemuan terdahulu dan menambahkan lebih maklumat yang mendalam mengenai kesan-kesan positif pemadatan gambut, kepadatan tanaman yang optimum dan pendekatan yang betul mengenai pembajaan sawit di hawasan tanah gambut. Penemuan terbaru mendapati bahawa penggunaan baja kapur semasa sawit muda memudaratkan penghasilan sawit. Mengenai pemakanan kalium, persamaan kadar abu tandan yang perlu digunakan adalah rendah dari apa yang difahami sekarang. Gambaran yang mendalam diberi mengenai insiden pokok sawit yang condong dan cadangan diberi mengenai cara mana mengawal masalah ini.


Tags: , , , ,

Author information: