Oil Palm Bulletin No. 35 (November 1997) p1-11

Milling cost of oil palm fresh fruit bunches : A medium term scenario

MOHD ARIF Simeh , MOHD NASIR Amiruddin

Satu kajian kes yang melibatkan tiga buah kilang sawit bagi tempoh jangkamasa sederhana 1992-1995 telah menunjukkan bahawa kos purata pemprosesan buah tandan segar (BTS) bagi tempoh tersebut didapati stabil pada paras RM21.00 bagi satu tan BTS. Keadaan ini berlaku walaupun kos operasi tahunan bagi kilang sawit tersebut telah meningkat sebanyak 19% dari RM2.40 juta pada tahun 1992 kepada RM2.86 juta pada tahun 1995. Peningkatan kos didapati ketara kerana pngilangan sawit merupakan aktiviti yang sangat berintensifkan modal di mana 40% daripada kos operasinya adalah disebabkan oleh susutnilai dan kos baikpulih. Walau bagaimnapun, peningkatan kos operasi telah ditimbalbalas oleh peningkatan produktiviti buruh yang telah meningkat pada kadar 6% setahun. Jumlah pengukuran produktiviti juga telah meningkat tetapi pada kadar yang agak perlahan akibat tekanan kos, iaitu 1.7% setahun. Margin kasar bagi setiap tan BTS pula telah menunjukkan arahaliran yang menurun dari RM33.10 pada tahun 1992 kepada RM26.50 pada tahun 1995. Secara keseluruhannya pengilangan sawit didapati masih berdayamaju kerana keanjalan kos pengilangannya adalah 0.8955.


Tags: , , , ,

Author information: