Oil Palm Bulletin No. 35 (November 1997) p27-35

Palm-based oleochemicals as inert ingredients in pesticide formulations

ISMAIL Abd Rahman , DZOLKIFLI O , OOI Tian Lye , SALMIAH Ahmad

Bahan kimia agro memainkan peranan penting di dalam sektor pertanian. Dalam tahun 1995, pasaran bahan kimia agro di Malaysia adalah melebihi 289 juta ringit yang mana racun rumpai, racun serangga, racun kulat dan racun tikus adalah kira-kira 76%, 15%, 5% dan 4% daripada jumlah pasaran keseluruhan. Pada amnya, penyediaan formulasi racun perosak mengandungi dua komponen utama, iaitu, bahan aktif, dan bahan lengai. Bahan aktif adalha bahan limia yang mengawal dan menghapus rumpai, serangga, kulat, tikus dna sebagainya. manakala, bahan lengai adalah bahan penambah yang tiada tindakbalas sebagai racun perosak, sebaliknya berfungsi sebagai bahan adjuvan kepada semburan, agen pembasah, agen penyerah, agen emulsi, pelarut, agen pembawa dan sebagainya. Pada masa sekarang telah ada perubahan ke atas bahan lengai iaitu dari terbitan minyak galian yang kurang mesra alam kepada bahan lengai dari terbitan minyak sayuran yang lebih mesra alam. Kertas ini membincangkan potensi bahan oleokimia terbitan dari bahan minyak sawit sebagai bahan lengai di dalam formulasi racun perosak.


Tags: , , , ,

Author information: