Empty fruit bunch mulching and nitrogen fertilizer amendment : the resultant effect on oil palm performance and soil properties
HAMDAN Abu Bakar , AHMAD TARMIZI Mohamad , MOHD TAYEB DolmatKilang minyak sawit menghasilkan bahan sampingan iaitu tandan buah kosong (TBK) yang banyak dan kebiasaannya dibakar. Amalan pembakaran dilarang oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Akta Udara Bersih. Oleh itu, penggunaan bahan sampingan ini memerlukan kaedah yang baru. Penggunaan TBK sebagai sungkupan di ladang sawit merupakan salah satu cara yang sesuai dalam penggunaan semula tandan kosong dari kilang. Satu percubaan dilakukan untuk mengkaji penggunaan TBK sebagai sungkupan di ladang sawit. Percubaan dilakukan kepada pokok sawit berumur tujuh tahun di atas tanah siri Rengam (Typic paleudult). Rawatan kajian ialah tiga kadar sungkupan iaitu 30, 60 dan 90t/ha/t TBK. Kesan penambahan baja nitrogen ke atas sungkupan juga dikaji. Sungkupan dengan TBK didapati meningkatkan kesuburan tanah dari segi fizikal dan kimia tanah serta menggalakkan pertumbuhan akar. Penambahan baja nitrogen ke atas sungkupan TBK tidak memberi kesan ke atas kadar pereputan TBK. Kadar sungkupan yang optimum ialah 60t/ha/t TBE tanpa penambahan baja nitrogen. Dengan harga buah sawit RM 250/t, pendapatan tambahan sejumiah RM350.00/ha boleh didapati apabila sungkupan TBK diamalkan berbanding dengan kaedah pembajaan yang biasa diamalkan oleh ladang.
Tags: OIL PALM-Production, SOIL SCIENCES, EMPTY FRUIT BUNCHES (EFB), SOIL PROPERTIES, PORIM PUBLICATIONS, MULCHING, FERTILIZERS
Author information: