The Malaysian Palm Oil Board’s Experience in Managing Oil Palm Gene Sequences
Rozana Rosli, Kuang-Lim Chan, Ab Halim Mohd- Amin, Norazah Azizi, Nagappan Jayanthi, Faizun Kadri and Eng-Ti L LowOil palm was first introduced to South-east Asia in 1875 and has been grown for commercial purposes in Malaysia since 1917. To date, almost 60% of the country’s agricultural land is planted with oil palm, thus showing its importance to the Malaysian economy. There is a need to continuously improve yields to meet growing demand. However, improving oil palm productivity via conventional breeding is known to be a time-consuming task. As such, implementing genomics-guided breeding, deciphering the genome and mining the sequence information is useful. Data mining is an exciting research area in the field of bioinformatics, where the focus is to implement tools and techniques that allow for easy access to data. However, with the expansion of sequence data generated currently, this presents a formidable challenge. Therefore, it is imperative to have a system that is not only a data and information repository but also one that offers sophisticated and useful analytical tools.
Sawit mula diperkenalkan di Asia Tenggara pada tahun 1875 dan telah ditanam bagi tujuan komersial di Malaysia semenjak tahun 1917. Hampir 60% daripada kawasan pertanian Malaysia ditanam dengan sawit dan ini menunjukkan kepentingannya terhadap ekonomi negara. Oleh itu, usaha perlu diteruskan untuk meningkatkan penghasilan demi memenuhi permintaan yang kian bertambah. Walau bagaimanapun, penambahbaikan produktiviti pengeluaran sawit melalui pembiakbakaan konvensional merupakan satu tugas yang memakan masa. Untuk melaksanakan pembiakbakaan berpandukan genomik, pentafsiran jujukan genom dan eksploitasi maklumat jujukan ini amat berguna. Perlombongan data merupakan cabang kajian penyelidikan yang menarik dalam bidang bioinformatik di mana tumpuan adalah pada penggunaan peralatan perisian dan teknik untuk memudahkan pencapaian data. Walau bagaimanapun, peningkatan data yang dihasilkan pada masa kini telah memberikan satu cabaran yang besar. Oleh itu, dalam menangani kesemua cabaran, adalah penting untuk mempunyai sistem yang bukan hanya dapat menyimpan data dan maklumat tetapi juga menawarkan sistem perisian analisis yang terkini dan berguna.
Tags: data mining, databases, bioinformatics, gene sequences
Author information: