Innovative Machines for Compost Application in Oil Palm Plantations
Rahmat Kamisan*, Mohd Faiz Malik* and Mohd Rizal Rosslan*The palm oil milling processes produce by-products or wastes in the form of empty fruit bunch (EFB) (23%), mesocarp fibres (12%), shell (5%), boiler ash, decanter cake, sludge and palm oil mill effluent (POME) (60%) for every tonne of fresh fruit bunch (FFB) processed (Najafpour et al., 2005). These byproducts can be utilised as renewable resources with present technologies in harmony with the ecological system. Some examples of these renewable resources are biogas and biomass for the energy sector and composting for soil amelioration, in tandem with sustainable development for the oil palm industry.
Composting is indeed a viable means of converting oil palm organic wastes into organic fertilisers and soil conditioners that can be used safely and beneficially to supplement inorganic fertilisers. However, most producers encounter problems related to compost handling and applications, resulting in the extensive use of workers and the deployment of other conventional methods of applying compost in the plantation. Presently, getting workers to carry out harvesting of FFB is already a problem and will be compounded with compost production, handling and applications in the oil palm plantations.
Realising the imminent issues confronting compost application, Sime Darby Plantations has adopted various mechanisation application methods covering up to 35% of the targeted total compost production capacity. This article presents an overview of the various types of innovative machines used presently for the application of compost in Sime Darby plantations and their performances. The necessity to adopt various types of machines is simply to achieve larger coverage to accommodate the compost production volume and to effectively distribute the compost to the fields.
Proses pengilangan minyak sawit menghasilkan bahan sampingan atau buangan seperti buah tandan kosong (BTK) (23%), serat mesorkarpa (12%), tempurung (5%), abu dandang, kek dekanter, endapan dan efluen kilang minyak sawit (POME) (60%) bagi setiap tan buah tandan segar (BTS) yang diproses (Najafpour et al., 2005). Kesemua bahan sampingan ini boleh digunakan sebagai sumber boleh diperbaharui dengan teknologi masa kini seiring dengan sistem ekologi. Sebahagian daripada contoh sumber boleh diperbaharui adalah biogas dan biojisim untuk sektor tenaga dan kompos bagi penambahbaik tanah, selaras dengan pembangunan kelestarian untuk industri sawit. Pengkomposan adalah satu kaedah yang praktikal untuk mengubah bahan buangan organik sawit kepada baja organik dan perapi tanah yang selamat digunakan dan berfaedah sebagai tambahan kepada penggunaan baja inorganik. Namun, kebanyakan pengeluar menghadapi masalah berhubung dengan teknik mengendali dan mengaplikasi kompos, mengakibatkan penggunaan tenaga kerja yang ramai dan menggunapakai kaedah konvensional lain untuk mengaplikasi kompos di ladang. Pada masa kini, mendapatkan pekerja untuk menjalankan penuaian BTS merupakan satu masalah dan apatah lagi dengan adanya pengeluaran, kendalian dan aplikasi kompos di ladang.
Menyedari hakikat yang perlu ditangani mengenai pengaplikasian kompos, Sime Darby Plantations telah menggunakan pelbagai kaedah mekanisasi yang meliputi kawasan sehingga 35% keluasan yang disasarkan untuk kapasiti pengeluaran kompos.
Artikel ini membentangkan pandangan menyeluruh pelbagai jentera inovatif yang digunapakai masa kini untuk tujuan aplikasi kompos di Sime Darby Plantations serta prestasinya. Keperluan untuk mengguna pelbagai jentera adalah untuk mencapai keluasan yang besar untuk mengimbangi jumlah pengeluaran kompos serta pengagihan kompos yang berkesan di ladang.
Tags: biomass, composting, compost handling, soil conditioners, mechanised methods.
Author information: