Oil Palm Bulletin No. 71 (November 2015) p14-24

Zero Discharge of Palm Oil Mill Effluent through Outdoor Flash Evaporation at Standard Atmospheric Conditions

Prashant Patel*

The single largest issue facing the extended development of the palm oil industry is the impact of mill by-products on the environment, in particular on palm oil mill effluent (POME). The Malaysian Department of Environment requires treatment of POME to extremely challenging parameters, which are difficult to achieve in the face of highly volatile processing volumes and irregular conditions for bacteria to optimally survive in anaerobic and aerobic ponds, the most common method of POME treatment. Whilst POME discharge is only permitted through land irrigation, the heavy volumes of POME produced can overflow from silted irrigation channels, especially during heavy rainfalls, and eventually find its way into the surrounding rivers and harming dependent communities. The palm oil industry has broadly struggled to find cost-effective solutions to fully consume or recycle POME into other applications, thereby creating a genuine zero discharge scenario. This article describes a technology that has been successfully deployed in POME treatment via flash evaporation/air-drying of POME. The technology has the potential to safely eliminate discharge of POME and ensure the continued safety of Malaysia’s sensitive ecosystems.

Isu terbesar yang dihadapi oleh industri minyak sawit adalah kesan bahan buangan kilang sawit terhadap alam sekitar, khususnya efluen kilang minyak sawit (POME). Jabatan Alam Sekitar Malaysia menetapkan peraturan yang ketat supaya POME dirawat dengan berkesan, tetapi ini agak sukar untuk dicapai dengan kaedah rawatan POME yang biasa iaitu kolam anaerobik dan aerobik kerana jumlah pemprosesan yang tidak menentu dan keadaan kolam yang berubah-ubah menyukarkan kehidupan bakteria secara optimum. Walaupun pelepasan POME hanya dibenarkan melalui pengairan tanah, POME dihasilkan dengan jumlah yang besar boleh melimpah dari parit pengairan yang dipenuhi kelodak, terutamanya semasa hujan lebat, dan akhirnya mencemari sungai yang berhampiran dan membahayakan penduduk yang bergantung padanya. Industri minyak sawit telah berusaha untuk mencari penyelesaian secara kos efektif untuk menggunakan POME sepenuhnya atau mengitar semula POME ke dalam aplikasi yang lain, dengan itu mewujudkan satu senario pelepasan sifar. Kajian ini menjelaskan tentang teknologi penyejatan pantas atau pengeringan udara yang telah berjaya diguna pakai dalam merawat POME. Teknologi ini mempunyai potensi untuk menyingkirkan POME dengan selamat dan memastikan keadaan ekosistem alam sekitar sentiasa terpelihara.


Tags: , , , ,

Author information: